Thursday, February 11, 2010

Maratib Cinta

Para hakama' menjelaskan bahawa di sana ada Maratib Mahabbah (martabat dan peringkat cinta) yang perlu kita turuti. Maratib ini dikupas berdasarkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.
Ringkasnya, cinta kita perlu disusun mengikut maratib berikut :
  1. cinta kepada ALLAH S.W.T perlu mengatasi segala-galanya.
  2. cinta kepada Rasulullah SAW,hingga baginda lebih kita kasihi daripada diri kita sendiri,ibu bapa kita dan manusia seluruhnya
  3. cinta kepada para Rasul a.s
  4. cinta kepada para sahabat Rasulullah SAW,khususnya Abu Bakar,Uthman dan Ali r.a
  5. cinta kepada sepuluh sahabat yang dijamin syurga.
  6. cinta kepada ahli Badar
  7. cinta kepada ahli Hud
  8. cinta kepada ahli Bai'ah Ridhwan
  9. cinta kepada para sahabat amnya, kerana Rasulullah SAW telah bersabda mafhumnya:"kalaulah seseorang kamu menafkahkan emas sebesar bukit uhud, maka tidaklah menyamai seseorang daripada mereka (para sahabat)atau sebahagiannya."-riwayat Bukhari ,muslim,abu daud,tarmizi,ibnu majah dan ahmad daripada abi said al-khudri.
  10. cinta kepada generasi tabi'in
  11. cinta kepada generasi tabi'u at tabi'"in
Inilah peringkat cinta yang sebenarnya... Bukan sekadar cinta sementara di dunia, malah cinta dunia akhirat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...