Monday, April 25, 2011

Ain Maisarah, Izanor Sharif - Aku Mahu Superbibik

Just a book review, from a reader.\

Melihatkan nama Izanor Sharif, kuingatkan penulis lelaki. Interesting jugak kalau baca hasil karya gabungan dua penulis berlainan jantina. Sebab, kebiasaannya lah, lelaki dan perempuan susah nak cari yang saling sependapat. Bila baca kat biodata penulis, barulah gue tahu, Izanor jugak seorang perempuan, huhu . . . Kedua-duanya membahasakan diri sebagai Kak Ain dan Kak Izanor. Mungkin sebab gaya penulisan buku ni lebih sesuai untuk golongan pelajar sekolah je, kot . . .

Tengok pada tajuk pulak, sedikit cuak jugak. Dengan pengalaman mempunyai 7 orang bibik di rumah, saling berturutan antara satu sama lain, iaitu pengambilan seorang demi seorang. Mengikut kontrak yang ditetapkan. Tapi kebanyakannya tak ikut, kerana beberapa masalah tertentu. Dan terpaksa dihantar balik. Lebih kurang macam kes Ina.

Citer ni jugak banyak iklan tersendiri. Contoh macam sabun Daia. So pembaca boleh agak bila novel ni dihasilkan. Tak perlu tengok tahun cetakan lagi dah, hehe . . .

Dua penulis, so basically ada dua cerita lah kat dalam. Satu pasal Ina dan Farah. Satu lagi pasal The Wannababes. Mereka semua disatukan dengan latar Sekolah Sri Bangsar. Tapi tak ada connection pun antara dua kisah tersebut. Masing-masing membawa mesej tersendiri, yang mana berlawanan antara satu sama lain.

Watak budak lelaki, takde langsung. Hanya ditonjolkan dalam watak Farah yang tergila-gilakan Fahrin. So, simply no love conflicts, at all. Novel ni memang khas, untuk memberi pelajaran dan pengajaran sahaja.

Sunday, April 24, 2011

Snow Prince

Reading through the synopsis, one question crop up. How their fate change when they saw her father's storage caught on fire?

Going through the first chapter of the movie, I think I know what's the ending.

A flashback of past memories.
Its similar to the movie Grave of the Fireflies. This time, only the situation is bit different.

The Lead Actor
Second Lead Actor, Marino Kuwajima
As for their pet, as eyeing for the first glance, is it a dog? But it doesn't have dog looks. Eventually, I've confirmed that its not a doggy after all. Hmm, does mountain Japanese people often take wolves as pets? Well, just assuming they lived high in the mountains based on the background scenery.

Friday, April 15, 2011

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/EyeMey

Monday, April 11, 2011

Nozi Danisya - Akulah Cinderella

*Sekadar komen pembaca*

Bagos citer ney. Patutlah sampai terbitkan dalam bentuk bercetak. Boleh kata setiap helaian dalam buku ney ada jenaka tersendiri, tak lekang aq senyum, sampai lah habis baca. Ada2 aje perkara lucu. Sekali-sekala keluar jugak air mata, bila melibatkan hati dan perasaan.

Citer ney bagus. Sebab dari satu perspektif saja, tak perlu belit2 fikir watak ni nak apa, watak tu rancang apa. Cuma dari satu sudut pandangan saja. Tak melibatkan orang lain. Jadi aq dapat selami watak dia betul2.

Watak utama citer ney, kadang2 nak sama dengan kawan aq, kadang2 jugak nak sama ngan aq. Sebab dia seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Tak tau nak cakap apa. Bila melibatkan perkara jiwang2, dia tak sanggup luahkan. Malu! Aq lak, hmm, ntahla. Kalau melibatkan hak dan kebenaran. Dia betul2 pantang. Sebijik cam kawan aq. Mesti lawan seadil-adilnya! Kalau rasa canggung atau tak selesa. Dia terus angkat kaki. Tak pun membatu je kat situ. Ni ada jugak iras2 aq. Tapi dalam kes aq, aq yang tak tau apa nak cakap, bukan nye x sanggup nak cakap. Sikap berdikari dia pulak, memang 100% kawan aq punya sifat. Tubuh pun kecik. Dia ni, takkan langsung ambil kesempatan terhadap orang lain biarpun nyawa sudah di hujung tanduk. Orang macam ni memang sangat susah nak jumpa. Tambah pulak dengan zaman siber yang serba maju sekarang, mana ada orang yang lepaskan peluang, bila dah tersaji depan mata. Tapi dia tidak, bila keadaan terlalu memaksa, barulah dia terima pemberian orang. Itupun setelah jenuh memikirkan baik buruknya. Ni semua berkat ajaran ibu bapa jugak. Dan tak termakan dek hasutan alat2 teknologi zaman sekarang. Dia mana ada telefon, komputer jauh sekali. Naik bas pun tak pernah, apatah lagi naik teksi. Boleh kata memang pure hulu pedalaman sana lah. Sedangkan orang asli sekarang ni pun dah guna IT. Inilah berkat ajaran orang zaman dulu-dulu. Budak jadi dengar kata, tahu nilai baik dan buruk. Kalau adik bongsunya nanti, tak tahu lah bagaimana, kecik-kecik dah dimanjakan dengan kemewahan pemberian orang, kalau takde kakaknye nanti, nak harapkan siapa lagi untuk membimbing . . . Mak angkatnya? Mesti lah dia boleh sekadar tegur sikit2, mana boleh sakitkan anak yatim piatu, biarpun dari segi perkataan atau pukulan. Orang dah beri panduan, pandai2 dia lah nak berfikir sendiri.

Shafiq pulak, dah namanya anak orang kaya. Perangai pun macam anak orang kaya lah. Mana fikir sangat hal orang. Budak yang dia hampir langgar pun boleh dibelasahnya sampai lebam2. Apatah lagi orang yang sengaja cari pasal dengannya. Inilah yang dinamakan darah muda, yang tak dibendung dari kecil. Jadilah dia seorang yang panas baran. Ikut perangai ayah dia kut. Ayah dia takde lah pulak dalam citer ney. Dan pasal ni jugak lah, Syah jadi keliru. Takutkah Syah?

Bagi Syah pulak, dia sangat sensitif orangnya. Bila disentuh pasal asal usulnya, dia pasti berjauh hati. Mestilah.  Semua orang pun aq rase macam tu. Nak2 lagi orang perempuan. 

Adik2 yang lain. Alia, anak ke-2 bagaikan ibu bagi mereka 6 beradik. Dia jugak pandai masak. Setiap hari, dialah yang menjalankan tugas tersebut, sementara Aida pulak tugasnya menggosok kain dan membasuh baju. 
Mereka 3 beradik lah yang lebih tua dan bertanggungjawab menguruskan 3 orang lagi yang masih mentah. Sungguh, Alia adalah yang paling matang antara mereka berenam. Dalam soal cinta pun, dialah yang lebih dahulu mencucuk jarum. Ain pula masih dalam dunia kanak2 yang mahukan keseronokan tanpa mahu memikirkan lagi apa yang dihadapi oleh keluarga mereka. Bagi Azah dan Aiman, mereka masih terlalu muda untuk memikirkan soal masa depan.

Sifat murah hati Datin Zulaikha jugak, mewakili wanita yang hanya satu dalam seribu dalam dunia ini. Yang sanggup menolong orang susah macam Syah sekeluarga. Itupun kerana wanita itu kesunyian. Rumah besar gedabak, penghuninya cumalah 2 orang. Macam mana x sunyi. Itulah keseimbangan yang dikurniakan Allah Taa'la di atas muka bumi ini. Orang miskin, ramai anak. Sebagai tanda murah rezeki. Orang kaya pulak, anak cuma sorang, ataupun dua. Paling ramai pun empat. Pastu mulalah berebut harta. Kalau anak sorang, anak tu pulak rimas, asyik dilayan macam budak kecil. Namun alhamdulillah, dalam kes Datin Zulaikha, anaknya tak pernah mengingkari perintahnya, dan tak suka berfoya-foya macam anak orang kaya yang biasa dipertontonkan di televisyen ataupun diceritakan dalam novel2 lain.

Dua kemusykilan dalam benak aq sekarang. Satu, soal couple. Kenapa kalau couple mesti cemburunya melebih-lebih? Tengok orang berlainan jantina pun tak boleh? Apatah lagi bertegur sapa . . . Seperti yang kawan aq selalu keluhkan, kalau couple je, mesti macam takde kawan. Kalau si perempuan takleh kawan dengan lelaki lain, kalau lelaki pun sama. Kena berenggang dengan perempuan lain, tak boleh berkawan rapat. Kenapa? Antara kawan rapat dengan kekasih tu lebih kurang je ke? Ok. Katakan A dengan B ber'couple'. A tanya si B, 'Awak ada apa-apa ke dengan dia?'. B jawab, 'Eh, takdelah. Saya dengan dia, kitorang kawan je la'. Si A pulak tak percaya, 'Kawan ke lebih dari kawan?'. Ini melibatkan soal kepercayaan. Betul jugak prinsip Syah. Tanpa kepercayaan, cinta takkan ke mana-mana. Cemburu terbit dari pandangan. Dari mata jatuh ke hati. Sebab tu Nabi dah gariskan panduan. Tundukkan pandangan kamu bila bercakap dengan lain jantina. Boleh jadi fitnah. Tapi kalau dalam SMS? Kita tak tengok dia pun? Ini fitnah yang macam mana pulak ye? Hmm . . .

Kedua, soal berpegangan tangan. Dalam novel ni pun dah dijelaskan serba sedikit. Bilamana antara bukan muhrim itu bersentuhan kulit, datang satu getaran halus, yang tidak difahami oleh manusia, apatah lagi kalau dua tangan itu erat bersatu. Itulah yang selalu diceritakan oleh mana-mana novelis pun. Nak-nak bila dah duduk dekat-dekat, dengan haruman minyak wanginya. Ada jugak seorang blogger cakap (lupa dah blog yang mana), pompuan kalau bau minyak wangi tu, dia sekadar bau wangi je lah. Kalau lelaki yang bau minyak wangi, apatah lagi yang melekat pada badan seorang hawa, rasa nak ngap! je minah tu. Begitulah luahan ikhlas seorang kaum adam. Bagi Syah, dia cukup tak selesa dengan keadaan itu. Sejak dari awal pertemuan, Shafiq selalu saja menyambar tangannya, sampai biru lebam pun ada. Sampai lah dia bagi warning. Itupun Shafiq mengalah kerana tak nak Syah menjauhkan diri lagi. Itulah fitrah manusia sebenarnya, hanya dirasai oleh orang yang berbudi pekerti dan manjaga adab tertib, macam Syah.

Satu lagi nak komen, novel ni jugak banyak guna perkataan bombastik yang berulang-ulang. Contohnya, tasik hati. Entah berapa kali disebut-sebut. Kalau setakat tiga kali boleh dipertimbangkan lagi. Ini dah lebih ni! Sekian, harap ambil iktibar.

Tuesday, April 5, 2011

10 Negara Berpopulasi Muslim Terbanyak

1. Indonesia (182.570.000 orang) - 88% penduduknya beragama Islam
2. Pakistan (134.480.000 orang)
3. India (121.000.000 orang) - Islam agama kedua terbesar setelah Hindu
4. Bangladesh (114.080.000 orang) - Hampir 88% dari jumlah penduduk
5. Turki (65.510.000 orang)
6. Iran (62.430.000 orang)
7. Mesir (58.630.000 orang)
8. Nigeria (53.000.000 orang) - 50% dari jumlah penduduk
9. Algeria / Al-Jazair (30.530.000 orang)
10. Maroko (28,780,000 orang)

... Kuingatkan Mekah lah yang punya penduduk Islam paling ramai, rupa-rupanya sila dehh . . .
Credit to: Etc News

Monday, April 4, 2011

Mimie Afinie - Bisikan Rindu

*Komen pembaca:
Dari awal pembacaan, dapat detect satu kelainan pada novel ni, iaitu banyak peribahasa Melayu diselitkan.. Baguslah, dapat jugak tingkatkan martabat bahasa Melayu asli kita. Sekarang ni banyak sangat bahasa-bahasa baru yang ditambah dalam kamus edisi baru, kata-kata perumpamaan je takde yang baru. Naseb baekk.

Kelemahan pulak, dari awal sampai dah nak habis pun, cerita dia mendatar aje . . . Kurang bebenor bab-bab saspens ke, rasa nak tahu apa berlaku selanjutnya ke, apa hubungkait antara watak ke . . . Kebanyakannya telah diceritakan secara langsung atau tak langsung kepada pembaca, tapi watak dalam cerita je yang tak tahu perkembangan. Macam drama-drama Indonesia lah pulak, yang suka bercakap dalam hati, lepas tu tunjuk ekspresi muka sorang demi sorang adalah berjam-jam, pada letih tengok muka sahaja, ceritanye takde lah hebat sangat. Cumanya dalam novel ni, kebanyakan watak diterangkan melalui situasi mengikut watak masing-masing. Jadi pembaca dah tahu cerita sebenar, so sedikit kurang best di situ. Bab mengkritik orang bukan main berjela, cheh!

Adegan kemuncak yang sedikit panas, adalah waktu Dina ditusuk pisau. Itu pun takdelah mengharukan jiwa sangat. Bila tengok biodata penulis, oh patutlah. Ini novel sulung beliau. Dan takde pulak latar belakang dalam bidang penulisan, lagi lah dikatakan baru setahun jagung, or even, tak sampai setengah tahun mungkin. Tapi takpe, sebelum keluar novel ni pun, dah ada yang mengedit dan mengkritik hasil kerja beliau, so kira okey la tu.

Satu lagi nak puji sikit kat sini, part last-last cerita, ada diselitkan nilai-nilai moral yang terdapat dalam novel tersebut. Benda-benda yang macam ini lah yang patut mesti dan wajib ada dalam setiap hasil karya seni, terutamanya novel cintan-cintun macam ni, tak dilupa juga sedikit nilai Islam yang mungkin kurang diterapkan, macam adab bersentuhan kulit antara bukan muhrim, dan sebab utama kenapa perlu menutup aurat. Aq sebagai pembaca agak terkeliru, kenapa dalam novel ni, lepas kahwin baru rasa nak bertudung. Demi suamikah? Hak diri sendiri macam mana? Kalau nak dikatakan hukum sebenar, fitrah bertudung ni wajib bagi setiap wanita Islam. Kenapa kalau bersuami baru pakai tudung? Perkara macam ni boleh mengundang kekeliruan contohnya bagi muallaf, yang mungkin terbaca novel sebegini. Tak semestinya kalau namanya muallaf kena baca buku tentang Islam sahaja, dia juga bebas memilih untuk membaca bahan yang disukainya. 

Hurm, berbalik pada nilai moral tadi, setiapnya tepat diceritakan dalam novel. Dan bagi pembaca pula, rajin-rajin lah mengambil iktibar dari apa yang dibaca. Macam segelintir kawan-kawan aq yang turut meminati novel, aq rase ramai je antara mereka sekadar baca cerita utama je, slot-slot sampingan dalam pengenalan mahupun selepas tamat cerita, huh,  haram nak baca. Itu pun sekadar baca skip-skip, macam ayam patuk dedak. Sekadar tahu jalan cerita sudah. Lepas dua tiga minggu, takdenye nak ingat balik ape manfaat yang dapat dari cerita tu, paling tidak pun, sekadar ingat tajuk je. Huh, kata dulang paku serpih, kata orang dia pun sama je lebih. Kuang3x. Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...