Just a book review, from a reader.\
Melihatkan nama Izanor Sharif, kuingatkan penulis lelaki. Interesting jugak kalau baca hasil karya gabungan dua penulis berlainan jantina. Sebab, kebiasaannya lah, lelaki dan perempuan susah nak cari yang saling sependapat. Bila baca kat biodata penulis, barulah gue tahu, Izanor jugak seorang perempuan, huhu . . . Kedua-duanya membahasakan diri sebagai Kak Ain dan Kak Izanor. Mungkin sebab gaya penulisan buku ni lebih sesuai untuk golongan pelajar sekolah je, kot . . .
Tengok pada tajuk pulak, sedikit cuak jugak. Dengan pengalaman mempunyai 7 orang bibik di rumah, saling berturutan antara satu sama lain, iaitu pengambilan seorang demi seorang. Mengikut kontrak yang ditetapkan. Tapi kebanyakannya tak ikut, kerana beberapa masalah tertentu. Dan terpaksa dihantar balik. Lebih kurang macam kes Ina.
Citer ni jugak banyak iklan tersendiri. Contoh macam sabun Daia. So pembaca boleh agak bila novel ni dihasilkan. Tak perlu tengok tahun cetakan lagi dah, hehe . . .
Dua penulis, so basically ada dua cerita lah kat dalam. Satu pasal Ina dan Farah. Satu lagi pasal The Wannababes. Mereka semua disatukan dengan latar Sekolah Sri Bangsar. Tapi tak ada connection pun antara dua kisah tersebut. Masing-masing membawa mesej tersendiri, yang mana berlawanan antara satu sama lain.
Watak budak lelaki, takde langsung. Hanya ditonjolkan dalam watak Farah yang tergila-gilakan Fahrin. So, simply no love conflicts, at all. Novel ni memang khas, untuk memberi pelajaran dan pengajaran sahaja.
No comments:
Post a Comment