![]() |
| *Komen pembaca: |
Dari awal pembacaan, dapat detect satu kelainan pada novel ni, iaitu banyak peribahasa Melayu diselitkan.. Baguslah, dapat jugak tingkatkan martabat bahasa Melayu asli kita. Sekarang ni banyak sangat bahasa-bahasa baru yang ditambah dalam kamus edisi baru, kata-kata perumpamaan je takde yang baru. Naseb baekk.
Kelemahan pulak, dari awal sampai dah nak habis pun, cerita dia mendatar aje . . . Kurang bebenor bab-bab saspens ke, rasa nak tahu apa berlaku selanjutnya ke, apa hubungkait antara watak ke . . . Kebanyakannya telah diceritakan secara langsung atau tak langsung kepada pembaca, tapi watak dalam cerita je yang tak tahu perkembangan. Macam drama-drama Indonesia lah pulak, yang suka bercakap dalam hati, lepas tu tunjuk ekspresi muka sorang demi sorang adalah berjam-jam, pada letih tengok muka sahaja, ceritanye takde lah hebat sangat. Cumanya dalam novel ni, kebanyakan watak diterangkan melalui situasi mengikut watak masing-masing. Jadi pembaca dah tahu cerita sebenar, so sedikit kurang best di situ. Bab mengkritik orang bukan main berjela, cheh!
Adegan kemuncak yang sedikit panas, adalah waktu Dina ditusuk pisau. Itu pun takdelah mengharukan jiwa sangat. Bila tengok biodata penulis, oh patutlah. Ini novel sulung beliau. Dan takde pulak latar belakang dalam bidang penulisan, lagi lah dikatakan baru setahun jagung, or even, tak sampai setengah tahun mungkin. Tapi takpe, sebelum keluar novel ni pun, dah ada yang mengedit dan mengkritik hasil kerja beliau, so kira okey la tu.
Satu lagi nak puji sikit kat sini, part last-last cerita, ada diselitkan nilai-nilai moral yang terdapat dalam novel tersebut. Benda-benda yang macam ini lah yang patut mesti dan wajib ada dalam setiap hasil karya seni, terutamanya novel cintan-cintun macam ni, tak dilupa juga sedikit nilai Islam yang mungkin kurang diterapkan, macam adab bersentuhan kulit antara bukan muhrim, dan sebab utama kenapa perlu menutup aurat. Aq sebagai pembaca agak terkeliru, kenapa dalam novel ni, lepas kahwin baru rasa nak bertudung. Demi suamikah? Hak diri sendiri macam mana? Kalau nak dikatakan hukum sebenar, fitrah bertudung ni wajib bagi setiap wanita Islam. Kenapa kalau bersuami baru pakai tudung? Perkara macam ni boleh mengundang kekeliruan contohnya bagi muallaf, yang mungkin terbaca novel sebegini. Tak semestinya kalau namanya muallaf kena baca buku tentang Islam sahaja, dia juga bebas memilih untuk membaca bahan yang disukainya.
Hurm, berbalik pada nilai moral tadi, setiapnya tepat diceritakan dalam novel. Dan bagi pembaca pula, rajin-rajin lah mengambil iktibar dari apa yang dibaca. Macam segelintir kawan-kawan aq yang turut meminati novel, aq rase ramai je antara mereka sekadar baca cerita utama je, slot-slot sampingan dalam pengenalan mahupun selepas tamat cerita, huh, haram nak baca. Itu pun sekadar baca skip-skip, macam ayam patuk dedak. Sekadar tahu jalan cerita sudah. Lepas dua tiga minggu, takdenye nak ingat balik ape manfaat yang dapat dari cerita tu, paling tidak pun, sekadar ingat tajuk je. Huh, kata dulang paku serpih, kata orang dia pun sama je lebih. Kuang3x. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment