Thursday, March 25, 2010

Kalaulah Sesenang Ini Boleh Berlaku....

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haramwww.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"


Full Story Here----:-] 

Kulit Telur. Kegunaannya...

Tak kusangka, kulit telur pun ada cara gunanya yang tersendiri.

~Kurangkan pahit kopi~
Letak kulit telur dalam penapis kopi. Pastikan basuh kulit tu bersih2..

~Pembersih longkang semulajadi~
Letak beberapa kulit telur kat lubang sink. Ia boleh memerangkap sisa-sisa yang solid dan menghalang sisa2 tu masuk ke dalam paip

~Pest control tanpa toxic di taman or kebun~
Tabur kulit telur yang hancur sekeliling tumbuhan anda untuk halang siput n kaum kerabatnya. Tak payah guna racun serangga..Jimat duit.
Kalau orang yang kawasan rumah dia ada rusa, kulit telur sangat berguna sebab rusa tak suka bau telur

~Bedak sejuk~
Lumatkan kulit telur yang kering dengan lesung. Campur serbuk tu dengan telur putih. Mask ni mampu menegangkan muka. Basuh muka bila mask sudah kering.

Sumber: http://aim4thestars.blogspot.com/

Sunday, March 21, 2010

Spread the word… Earth Hour 2010

The Earth Hour 2010 will take place on Saturday, 27 March 2010.  It is a global call for action to every individual, every business and every community to take responsibility and be involved in ensuring a better future.  It is a message of hope and action for the people across the world to join together in turning off their lights as a step towards conserving our precious planet.

As a responsible corporate citizen, this blog of mine, and the writer who is me, myself ^_^ fully supports this initiative which is a step in ensuring our sustainability.

You can do your part to help save the environment by adopting any or even all of the actions below:
  1. Walk, cycle, carpool or use public transport to pledge your support for Earth Hour.
  2. Use re-usable shopping bags instead of paper or plastic.
  3. Reuse items like envelopes, folders and paper clips.
  4. Use e-mail instead of paper correspondence for internal communication.  If required, set up a bulletin board for memos instead of sending a copy to each employee.
  5. Make it a habit to turn off the lights when you’re leaving any room for 15 minutes or more.
  6. Make it a habit to turn off your computer and the power plug when you leave for the day.
  7. Make it a habit to copy or print on both sides for documents or drafts.  Avoid colour printing whenever possible.
  8. Shut off all the lights when you leave the office at the end of the day.
  9. Brighten up your cubicle with plants, which provide vital oxygen through photosynthesis.
  10. Wake up five minutes earlier every morning and put that time to use for a green project or thought.
  11. Learn how to compose and re-use organic waste instead of throwing it in the garbage.
  12. Shorten your showers to five minutes or less and you will save thousands of gallons every month.
  13. Do not throw insecticides and other harmful chemicals in the drain. 
Spread the word.

Source:  http://uem.com.my/

Friday, March 19, 2010

Cars




Tengok tajuk pun dah tahu. Cerita pasal kereta. Ini pula kisah sebuah kereta lumba, Mcqueen, yang semakin sombong dengan kejayaan yang hampir dicapainya. Iaitu memenangi Piston Cup. Pada perlawanan pertama, dia berada dalam kedudukan seri dengan dua buah lagi kereta lumba. Satu wira perlawanan yang tak pernah kalah, satu lagi runner-up yang selalu dapat tempat kedua. Dan dia ni pula hanyalah pelumba rookie sahaja namun mempunyai peluang cerah untuk menang.

Matlamat utamanya ialah untuk memenangi piala tersebut dan mendapat tajaan syarikat pelumba berprestij, iaitu Dinoco. Semakin hari dia semakin membelakangi pasukannya sendiri dan dia langsung tidak mempunyai kawan rapat. Hanya dua makhluk sahaja yang selalu berunding dengannya, iaitu pengurusnya, dan treler yang akan membawanya ke trek perlawanan tersebut di California, Mack.

Dalam perjalanan, dia langsung tidak memberi peluang kepada Mack untuk berehat, sebaliknya Mack terpaksa meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan mengantuk dan hampir separuh sedar. Tiba-tiba, pintu belakang treler terbuka, dan Mcqueen terkeluar ke jalan raya. Mcqueen hampir dilanggar oleh sebuah treler tapi nasib baik dia tersedar dan terus mengelak. Mcqueen telah kehilangan Mack, dan tersesat ke kawasan pedalaman.

Nasib malang terus menimpa dirinya apabila berlaku beberapa insiden yang menyebabkan dia tidak boleh keluar dari kawasan tersebut yang dipanggil Radiator Springs. Di situ, Mcqueen mengenali beberapa kawan baru. Namun, dia tidak berputus asa untuk mencari jalan supaya dapat keluar dari situ secepat mungkin, kerana tarikh perlawanan 3 lawan 3 di California semakin hampir.

Lama-kelamaan, dia semakin selesa dengan tempat itu, dan hampir-hampir telah melupakan kehidupannya sebelum ini. Dia juga telah bekerjasama dengan penduduk Radiator Springs untuk menghidupkan semula bandar terpencil itu. Tiba-tiba, datang segerombolan kereta membawa Mcqueen pergi. Mereka semua ialah wartawan dan tak lain tak bukan treler pembawa Mcqueen, Mack.

Pada hari yang ditunggu-tunggu selama ini, Mcqueen pula seolah hilang arah, kerana dia masih teringatkan keindahan di Radiator Springs, dan teman wanitanya, Sally. Tiba-tiba, seseorang memanggilnya dari jauh.... Siapakah itu?

Friday, March 12, 2010

Dedicated for Gaza. May Allah bless you all!

Kamu semua sentiasa dalam doaku. Di bawah naungan Yang Maha Esa, kau takkan rebah. Hidup Palestin!

Michael Heart- We will not go down (Song for Gaza) With Lyrics


Petua Hilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7
: Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Sumber: http://shakroil.blogspot.com/

Sunsilk??? Iklan???

Thought this vid's so hilarious, after some time of watching..... Macam-macam hal, dunia,.... dunia,....

Use Keyboard As Mouse


This is a seldom used Windows XP feature that is sure to come in handy (probably when you least suspect it). I’m referring to Mousekeys, which when activated allows you to navigate the mouse cursor using the arrow keys on your keyboard. This type of knowledge can definitely help you out if you are ever in a situation where the mouse is inoperable.


Ready? Here are those steps....

Saturday, March 6, 2010

Karenah Manusia Zaman Kini

 

Oh ibu~~

Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemana pun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman
Kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu
maka ibu memilih menyusuimu
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam kantuk ibu
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku,
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu…. Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita, agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Titipan Puisi Hati Ratih Sanggarwati

Sumber: http://gengggkapak.blogspot.com/

" Daddy.... it hurts..."

Siapa tahu nasib mereka.... sehingga sudah terlambat.... baru tahu nak ambil tindakan.... sebelum ni tiada yang perasan.... rintihan, rayuan mereka.... di celah-celah ceruk dunia....

Friday, March 5, 2010

Kutitip Surat Ini Untukmu..

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Disalin ulang dari buku 'Kutitip Surat Ini Untukmu..' karya alUstadz Armen Halim Naro -rahimahullah-.
Terbitan Nadwah Publishing - Pekanbaru.


Kutitip surat ini, anakku!
Ananda yang kusayangi, di bumi Allah Ta'ala..

Segala puji Ibu panjatkan ke hadirat Allah yang telah memudahkan Ibu untuk beribadah kepada-Nya. Shalawat serta salam Ibu sampaikan kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga dan para sahabatnya. Amiin..


Surat nie pjg, terus baca...!


Nice ^_^

ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi haluan
adakalanya..langkah ku tersasar..
tersungkur d lembah kegelapan..
bagaikan terdgr bisikn rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiran mu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan..
tika ku kealpaan..
kau bisikn bicara keinsafan kau beri kekuatan tika ak..
di uji dengn dugaan..
saat ku kehilangn keyakinn
kau nyalakan harapan....

Sumber: Maerah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...