Friday, March 19, 2010

Cars




Tengok tajuk pun dah tahu. Cerita pasal kereta. Ini pula kisah sebuah kereta lumba, Mcqueen, yang semakin sombong dengan kejayaan yang hampir dicapainya. Iaitu memenangi Piston Cup. Pada perlawanan pertama, dia berada dalam kedudukan seri dengan dua buah lagi kereta lumba. Satu wira perlawanan yang tak pernah kalah, satu lagi runner-up yang selalu dapat tempat kedua. Dan dia ni pula hanyalah pelumba rookie sahaja namun mempunyai peluang cerah untuk menang.

Matlamat utamanya ialah untuk memenangi piala tersebut dan mendapat tajaan syarikat pelumba berprestij, iaitu Dinoco. Semakin hari dia semakin membelakangi pasukannya sendiri dan dia langsung tidak mempunyai kawan rapat. Hanya dua makhluk sahaja yang selalu berunding dengannya, iaitu pengurusnya, dan treler yang akan membawanya ke trek perlawanan tersebut di California, Mack.

Dalam perjalanan, dia langsung tidak memberi peluang kepada Mack untuk berehat, sebaliknya Mack terpaksa meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan mengantuk dan hampir separuh sedar. Tiba-tiba, pintu belakang treler terbuka, dan Mcqueen terkeluar ke jalan raya. Mcqueen hampir dilanggar oleh sebuah treler tapi nasib baik dia tersedar dan terus mengelak. Mcqueen telah kehilangan Mack, dan tersesat ke kawasan pedalaman.

Nasib malang terus menimpa dirinya apabila berlaku beberapa insiden yang menyebabkan dia tidak boleh keluar dari kawasan tersebut yang dipanggil Radiator Springs. Di situ, Mcqueen mengenali beberapa kawan baru. Namun, dia tidak berputus asa untuk mencari jalan supaya dapat keluar dari situ secepat mungkin, kerana tarikh perlawanan 3 lawan 3 di California semakin hampir.

Lama-kelamaan, dia semakin selesa dengan tempat itu, dan hampir-hampir telah melupakan kehidupannya sebelum ini. Dia juga telah bekerjasama dengan penduduk Radiator Springs untuk menghidupkan semula bandar terpencil itu. Tiba-tiba, datang segerombolan kereta membawa Mcqueen pergi. Mereka semua ialah wartawan dan tak lain tak bukan treler pembawa Mcqueen, Mack.

Pada hari yang ditunggu-tunggu selama ini, Mcqueen pula seolah hilang arah, kerana dia masih teringatkan keindahan di Radiator Springs, dan teman wanitanya, Sally. Tiba-tiba, seseorang memanggilnya dari jauh.... Siapakah itu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...