Brader yang suka merokok,
berhentilah sebelum bongkok,
lebih elok memanjat pokok,
atau buka kedai songkok.
brader yang melepak,
berhentilah sebelum kena sepak,
buatlah aktiviti yang lebih gempak,
jadilah generasi kebanggaan mak bapak.
brader yang hisap dadah,
berhentilah sebelum rebah,
tubuh sihat jangan buat punah,
terus berjuang jangan mengalah.
brader yang suka menipu,
berhentilah sebelum kaku,
jangan wariskan ke anak cucu,
kalau ini berterusan macam maner nak maju??
brader yang lumba haram,
berhentilah sebelum nyawa padam,
cubalah renung betapa indahnya alam,
rahmat dan kasih-Nya siang dan malam.
Sumber: http://nadiahijab.blogspot.com
No comments:
Post a Comment