Found this site... pdf form
Tajuk dia: Lara Bencana Dekad Pertama
Antara bencana yang disebutkan, ialah di
Sichuan, China
Banda Acheh
Padang, Sumatera
...
As he said,"Sesekali apabila alam berbicara, berdengus dan merajuk, sesekali juga manusia meratap tangis membilang kehilangan dan kemusnahan yang tidak mungkin dibayar waima berabad lamanya."
Apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Semua untuk renungan bersama. Terpulang kepada seseorang individu itu sendiri, bagaimana dia mahu memahami, merasai, merenungi, dan bertindakbalas atas setiap peristiwa yang berlaku.
Bencana lain yang turut disebutkan, ialah seperti puting beliung di Pakistan. Walaupun amarannya telah dikeluarkan 48 jam lebih awal, namun disebabkan krisis politik dan halangan terhadap penerimaan bantuan oleh negara luar. Tindakan mengeluarkan penduduk dari petempatan yang menjadi sasaran puting beliung itu adalah begitu perlahan.
Ini satu lagi faktor yang menyebabkan ramai manusia ditimpa musibah, akan tetapi ramai juga manusia yang mendapat manfaat daripadanya. Politik. Ramai yang berbalah, bermasam muka kerananya, namun ramai pula yang bersatu dan bermuafakat kerananya. Oleh itu, muncullah pelbagai parti, silih berganti, berapa lama ia mampu bertahan? Bergantung pada ahli dan penyokongnyalah jua. Sama ada bertoleransi dengan parti lain, atau terus dengan dengki-mendengki, serang sana sini. Tanpa usul periksa.
Politik itu bagus, bila semua sudah sepakat. Politik itu biasa, bila ada salah faham. Politik itu ganas, bila dah mula angkat senjata. Macam api, kecil-kecil jadi kawan, bila dah besar jadi lawan.
No comments:
Post a Comment