3 Jan. - Israel melancarkan serangan darat terhadap Genting Gaza yang menyebabkan penduduk wilayah itu terus diselubungi kesengsaraan selama dua minggu.
20 Jan. - Barack Obama dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44.
22 Jan. - Presiden AS, Barack Obama mengarahkan supaya penjara kontroversi Teluk Guantanamo di Cuba ditutup dalam tempoh setahun.
26 jan. - Kerajaan dan sistem perbankan Iceland runtuh dan Perdana Menteri, Gear Haarde meletak jawatan serta merta.
1 Feb. - Johanna Sigurdardottir dilantik sebagai Perdana Menteri Iceland baru sekaligus menjadi ketua kerajaan 'lesbian' pertama di dunia.
7 Feb. - Kebakaran hutan paling buruk di Australia meragut 173 nyawa dan lebih 500 penduduk cedera.
11 Feb. - Morgan Tsvangirai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Zimbabwe selepas perjanjian perkongsian kuasa dengan Presiden Robert Mugabe.
23 Feb. - Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kesemua askar AS di Iraq akan meninggalkan negara itu menjelang Ogos 2010.
2 Mac - Presiden Guinea- Bissau, Joao Bernado 'Nino' Vieira telah dibunuh oleh sekumpulan askar.
3 Mac - Sejumlah lapan orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke arah sebuah bas yang dinaiki oleh pasukan pemain kriket Sri Lanka, di Lahore, Pakistan.
4 Mac - Waran tangkap ke atas Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir yang didakwa terlibat melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Darfur oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
12 Mac - Wartawan Iraq yang melontar kasut ke arah bekas Presiden AS, George W. Bush tahun lalu, dihukum tiga tahun penjara namun dibebaskan lebih awal pada Oktober.
17 Mac - Presiden Madagascar, Marc Ravalomanana digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
31 Mac - Pelampau kanan Yahudi, Benjamin Netanyahu dilantik sebagai Perdana Menteri Israel yang baru.
1 April - Gempa bumi berukuran 6.3 skala richter di L'Aquila di Itali menyebabkan kira-kira 300 orang terbunuh dan lebih 1,500 cedera.
1 April - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya dan membatalkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Bangkok selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.
3 April - Sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke-21 diadakan.
7 April - Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori dijatuhi hukuman 25 tahun penjara kerana mengarahkan pembunuhan dan penculikan.
18 April - Wartawan Amerika Syarikat, Roxana Saberi, 31, di penjara selama lapan tahun oleh Mahkamah Revolusi Iran atas kesalahan menjadi pengintip bagi pihak AS.
24 April - Wabak selesema babi atau infleunza A (H1N1) diisytiharkan sebagai epidemik di seluruh dunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) .
18 Mei - Perang saudara di Sri Lanka berakhir selepas pemimpin tertinggi pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran ditembak mati.
23 Mei - Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun membunuh diri.
25 Mei - Korea Utara mengumumkan kejayaannya melakukan ujian nuklear bawah tanah. Tindakan itu menyebabkan Korea Utara dikecam hebat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
1 Jun - Syarikat pengeluar kereta AS, General Motors diisytiharkan muflis dan Kerajaan Persekutuan menjadi pemegang saham terbesarnya, berikutan masalah ekonomi dunia.
1 Jun - Pesawat Air France yang membawa 216 penumpang dan 12 krew terhempas semasa melalui kawasan ribut di Lautan Atlantik selepas berlepas dari Rio de Janeiro, Brazil.
4 Jun - Presiden AS, Barack Obama berucap di Kaherah, Mesir dan bertekad melakukan 'permulaan baru' dalam hubungan AS dengan dunia Islam.
13 Jun - Konflik dalam pilihan raya Presiden Iran apabila penyokong-penyokong calon tewas, Mir-Hossein Mousavi mendakwa berlaku penyelewengan undian dalam pilihan raya itu.
28 Jun - Krisis di Honduras mula menjadi bualan dunia apabila Mahkamah Agung negara itu mengarahkan penahanan dan pengusiran Presiden Manuel Zelaya atas dakwaan melanggar perlembagaan.
29 Jun - Ahli kewangan Wall Street, Bernard Madoff dijatuhkan hukuman penjara selama 150 tahun atas kesalahan menjalankan kegiatan skim piramid.
30 Jun - Seramai 153 penumpang dan krew Airbus A310 Yemeni Air terbunuh selepas pesawat itu terhempas di Kepulauan Comoros, Lautan Hindi.
5 Julai - Hampir 200 orang terbunuh dan 1,600 lagi cedera apabila tercetus konflik berdarah antara etnik Han dan Uighur di Urumqi, Xinjiang, China.
15 Julai - Iran mengalami nahas udara yang dahsyat apabila penerbangan 7908 Caspian Airlines terhempas di Jannatabad, luar bandar Qazvin ketika dalam perjalanan dari Teheran ke Yerevan, ibu negara Armenia , membunuh kesemua 168 penumpang dan krew penerbangan.
20 Julai - Sambutan ulang tahun ke-40 kejayaan manusia mendarat di bulan.
22 Julai - Sejarah baru dalam dunia astronomi dicatat dengan gerhana matahari paling lama abad ini sepanjang 6 minit 39 saat.
4 Ogos - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, mengampunkan dua orang wartawan AS yang ditahan dan dipenjarakan kerana memasuki negara itu secara haram selepas bekas Presiden Bill Clinton melawat beliau di Pyongyang.
7 Ogos - Taufan Morakot membadai Taiwan menyebabkan kira-kira 500 terbunuh dan lebih 1,000 kehilangan tempat tinggal apabila hujan lebat mencetuskan banjir terburuk di pulau itu dalam masa setengah abad.
20 Ogos - AS dan Britain berang dengan tindakan kerajaan Scotland apabila pengebom Lockerbie, Abdelbaset Ali Mohmed Al Megrahi, yang dipenjarakan atas kesalahan mengebom penerbangan 103 Pan Am, dibebaskan atas dasar kasihan kerana dia menderita kanser prostat dan diterbangkan pulang ke Libya.
20 Ogos - Pilihan raya Presiden Afghanistan bermula dengan Hamid Karzai diumum sebagai pemenang namun proses pengundian dicemari dengan penipuan.
26 Ogos - AS meratapi pemergian seorang tokoh politiknya, Edward Kennedy meninggal dunia akibat kanser otak pada usia 77 tahun.
28 Ogos - Seluruh AS dikejutkan dengan kejadian seorang wanita, Jaycee Lee Dugard yang hilang pada usia 11 tahun ditemui semula selepas dua dekad disembunyikan oleh seorang lelaki yang merogolnya sehingga melahirkan dua anak.
31 Ogos - Parti Demokratik Jepun (DPJ) memenangi pilihan raya sekali gus menamatkan penguasaan pihak konservatif.
4 Sept. - Pengeboman oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO ) di Afghanistan membunuh 90 orang, kebanyakannya orang awam.
17 Sept. - Pengganas nombor satu Asia, Noordin Mohammad Top yang mengetuai kumpulan serpihan Jemaah Islamiyah (JI) terbunuh selepas tempat persembunyiannya di Solo, Jawa Tengah diserbu oleh pasukan elit antikeganasan republik Indonesia.
26 Sept. - Taufan Ketsana yang melanda Filipina dengan dahsyat memaksa kerajaan mengisytiharkan 'bencana' di 25 wilayah selepas kira-kira 160 orang terkorban.
27 Sept. - Pengarah filem warga Poland-Perancis, Roman Polanski ditahan di Switzerland atas waran tangkap AS kerana melakukan hubungan seks dengan gadis berusia 13 tahun pada 1978.
28 Sept. - Titik hitam dalam sejarah Guinea apabila sekurang-kurangnya 157 penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak tentera.
29 Sept. - Dua bencana gempa bumi 8.3 berskala Richter mencetuskan tsunami dekat Kepulauan Solomon di Samoa dan American Samoa membunuh sekurang-kurangnya 189 orang.
30 Sept. - Gempa sekuat 7.6 pada skala Richter yang menggegarkan Padang, Sumatera Barat di Indonesia meragut kira-kira 1,000 nyawa.
2 Okt. - Brazil dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2016.
9 Okt. - Barack Obama dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan.
20 Okt. - Penemuan baru dalam bidang astronomi apabila ahli kaji bintang Eropah menemui 32 eksoplanet.
3 Nov. - Republik Czech menjadi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) terakhir menandatangani Perjanjian Lisbon.
6 Nov. - AS dikejutkan dengan kejadian amuk seorang doktor tentera, Mejar Nidal Hassan yang bakal dihantar ke Iraq menembak mati 13 orang di pangkalan tentera di Texas.
23 Nov. - Kira-kira 57 orang dibunuh dalam pembunuhan bermotif politik di wilayah Maguindanao di selatan Filipina.
29 Nov. - Kontroversi kembali menyelubungi Switzerland apabila rakyatnya mengundi untuk mengharamkan pembinaan menara masjid di negara itu sekali gus mencetuskan kemarahan dunia Islam.
1 Dis. - Presiden AS, Barack Obama mengumumkan penghantaran tambahan 30,000 lagi anggota tentera ke Afghanistan.
3 Dis. - Keadaan di Guinea menjadi kecoh apabila ketua junta, Moussa Dadis Camara diterbangkan keluar dari negara di barat Afrika selepas cedera ditembak pembantunya sendiri.
7 Dis. - Persidangan iklim sedunia di Copenhagen bermula yang disertai oleh pegawai dan pemimpin negara dari 192 negara.
8 Dis. - Iraq bermandi darah apabila letupan bom meragut sekurang-kurangnya 127 nyawa di Baghdad.
Sumber: Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment